Pages

Thursday, April 16, 2009

One Moment please …

The Moment you are in Tension
You will lose your Attention
Then you are in total Confusion
And you will feel Irritation
Then you will spoil personal Relation
Ultimately, you won't get Co - Operation
Then you will make things Complication
Then your blood pressure may raise Caution
And you may have to take Medication
Instead, understand the Situation
And try to think about the Solution
Many problems will be solved by Discussion
This will work out better in your Profession
Don't think it's my free Suggestion
It's only for your Prevention
If you understand my Intention
You will never come again to Tension

Cancer and Armpits

The leading cause of breast cancer is the use of anti-perspirant?

What ???

Yes? *ANTI-PERSPIRANT*.

Most of the products out there are an anti-perspirant /deodorant
combination, so go home and check Deodorant is fine,

anti-perspirant is not?

Here's why :- The human body has a few areas that it uses to

purge toxins ; - behind the knees, behind the ears, groin area,

and armpits.

These toxins are purged in the form of perspiration.
Anti-perspirant, as the name clearly indicates, prevents you
from perspiring, thereby inhibiting the body from purging

toxins from below the armpits.
These toxins do not just magically disappear.
Instead, the body deposits them in the lymph nodes below

the arms since it cannot sweat them out.

Nearly all breast cancer tumors occur in the upper outside

quadrant of the breast area.

This is precisely where the lymph nodes are located.

Additionally, men are less likely (but not completely exempt)

to develop breast cancer prompted by anti- perspirant usage
because most of the anti-perspirant product is caught in their

hair and is not directly applied to the skin.

Women who apply anti-perspirant right after shaving increase

the risk further because shaving causes almost imperceptible
nicks in the skin which give the chemicals entrance into the
body from the armpit area.

cancer
is becoming frighteningly common.
This awareness may save lives.

God's creation is always the Best...tHanKFuL to ALLAH..

SepUpUKU MNGHADAP iLAHI.ada hikmah disebaliknya..


Kereta dirempuh bas, tiga beranak rentung

BATU PAHAT 16 April – Lagi kemalangan maut membabitkan bas ekspres.

Kali ini, seorang ustazah bersama dua anak perempuannya pula rentung setelah kereta jenis Perodua Kancil yang mereka naiki dirempuh dari arah belakang oleh sebuah bas ekspres S&S International di Kilometer 16, Jalan Kluang di sini hari ini.

Mangsa yang bekerja sebagai guru al-Quran itu ialah Siti Kalsom Borhan, 35, manakala dua anaknya ialah Sahira Aishah Hafiz, 6, dan Sahira Aliah Hafiz, 3.

Ketua Polis, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi ketika ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Sri Gading.

“Bagaimanapun setiba mereka di kawasan itu berhampiran Parit Kaspan, kereta yang dipandu Siti Kalsom dikatakan berhenti untuk membelok ke kanan tetapi dilanggar dari belakang oleh bas ekspres itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kereta tersebut kemudian diseret oleh bas berkenaan sejauh 15 meter lalu terbakar menyebabkan kesemua mangsa tidak dapat diselamatkan dan meninggal di tempat kejadian.

“Semasa kejadian, bas tersebut yang dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Kluang dipercayai dipandu laju,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, pemandu bas dan kesemua lapan penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ibrahim berkata, sebuah jentera bersama lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Batu Pahat dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan api dalam masa setengah jam.

Beliau berkata, ekoran kemalangan itu, pemandu bas berusia 46 tahun tersebut ditahan untuk siasatan dan diarah menjalani ujian air kencing dan darah untuk pemeriksaan alkohol dan dadah.

“Siasatan kami mendapati pemandu yang berasal dari Pasir Gudang itu sebelum ini mempunyai enam kesalahan lalu lintas yang sebahagian besarnya membabitkan kesalahan memandu laju,” katanya.

Menurut Ibrahim, pemandu bas itu akan dihadapkan ke mahkamah esok mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang sabit kesalahan boleh dipenjara dua hingga 10 tahun dan denda dari RM5,000 hingga RM20,000.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Supritendan, Karim Tambi di talian 07-4341222 atau 017-7400420 untuk membantu siasatan.

Sementara itu, suami mangsa, Hafiz Ayub, 40-an, yang masih dalam keadaan sedih dan trauma enggan ditemu bual para wartawan ketika ditemui di rumah mayat Hospital Batu Pahat lewat petang ini.

Kereta diseret 15 meter sebelum meletup


ANGGOTA polis dan bomba memeriksa kenderaan yang terbakar selepas dirempuh bas ekspres di KM 16, Jalan Kluang-Batu Pahat dekat Kampung Parit Kaspan, Batu Pahat, semalam. Dalam kejadian itu, kereta dipandu suri rumah, Siti Kalsom Borhan diseret bas lalu terbakar dan turut meragut nyawa dua anaknya Shahira Aishah Hafiz, 6 dan Shahira Aliya, 3.

Tiga beranak dalam perjalanan pulang dari kelas Tadika ketika nahas dengan bas

BATU PAHAT: Lagi nahas membabitkan bas ekspres. Kali ini seorang suri rumah dan dua anaknya rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dirempuh bas itu di Kilometer 16, Jalan Kluang-Batu Pahat berhampiran Kampung Parit Kaspan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi, Perodua Kancil yang dipandu suri rumah itu, Siti Kalsom Borhan, 35, dikatakan diseret bas berkenaan sejauh 10 hingga 15 meter sebelum kereta itu berpusing di tengah jalan dan terbakar.


Mayat Siti Kalsom serta dua anaknya, Shahira Aishah Hafiz, 6 dan Shahira Aliya, 3, ditemui terperangkap dalam kereta, manakala pemandu bas ekspres serta lapan penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan awal polis mendapati pemandu bas ekspres itu memiliki enam kesalahan lalu lintas sebelum ini, kebanyakannya kerana memandu melebihi had la-ju.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata bas berkenaan dipercayai mengekori rapat kereta mangsa menyebabkan pemandunya tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang Perodua Kancil ketika Siti Kalsom hendak membelok ke simpang jalan Kampung Parit Kaspan.

Beliau berkata, orang ramai cuba menyelamatkan tiga beranak itu, tetapi gagal apabila api marak dengan cepat.

Ketika kejadian, Siti Kalsom dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Parit Kaspan selepas mengambil Shahira Aishah dari kelas Tadika di Batu Pahat.

Pemandu bas berusia 46 tahun dan berasal dari Pasir Gudang itu kini ditahan di Balai Polis Batu Pahat untuk siasatan lanjut. Polis juga mengambil sampel darah dan air kencing pemandu bas itu untuk ujian dadah atau alkohol.